Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blogger saya, pada hari ini saya ingin berkongsikan tentan sejarah kegemilangan bola sepak Kedah ini. Pada tahun 1987,1988 dan 1989 musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80 an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987,1988 dan 1989. Antara pemain ketika itu adalah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak. Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya dengan sediikit saingan , Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2. Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hij...