Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah


Image result for pasukan kedah 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blogger saya, pada hari ini saya ingin berkongsikan tentan sejarah kegemilangan bola sepak Kedah ini.



Pada tahun 1987,1988 dan 1989 musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80 an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987,1988 dan 1989. Antara pemain ketika itu adalah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak. Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya dengan sediikit saingan , Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2.

Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi.


Image result for pasukan kedah 80 an


1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelahan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien. Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.


Image result for pasukan kedah 2017

Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA. Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nasciemento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.

Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman.

2007/2008 Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah membolot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Pialan Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat 'treble' sejak Liga Super ditubuhkan pada tahun 2004. Pemain import serta pemain tempatan memberi impak yang besar serta dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman.

Itu sahaja perkongsian serba sedikit tentang sejarah kegemilangan pasukan Kedah daripada saya dan sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua