Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Image result for rekreasi



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blogger saya sekalian, harini saya membawa kisah yang baru iaitu kepentingan aktiviti rekreasi kepada masyarakat.Seperti mana yang kita tahu pada zaman yang semakin moden ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beridadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat. Saya akan mengulas 3 kepentingan aktiviti rekreasi kepada masyarakat.

Pertama sekali, rekreasi penting kepada masyarakat adalah kerana mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu yang lain di sekelilingnya,lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi,kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan individu yang lain.

Kedua, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati udara yang segar seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.

Ketiga, amalam rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk badan. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi Malaysia cergas.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan beriadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas.

Itu sahaja perkongsian daripada saya dan harap dapat berjumpa lagi......


Comments

Popular posts from this blog

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah