Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua
Pada tarikh 17
November 2017 hingga 20 November 2017, masa 8:00 pagi hingga 5:00 petang
bertempat di DECTAR, UKM Bangi telah berlangsung program terulung iatu UKM
World Art Festival (WAF) yang kedua yang bertema '"Celebrate Culture &
Diversity One World"'. Festival ini merupakan festival kesenian dunia
kedua yang dianjurkan Urusetia ARTISUKMA dengan kerjasama Majlis Kebudayaan
Universiti Malaysia (MAKUM) bertempat di DECTAR, UKM Bangi dengan penglibatan
peserta dari seluruh pelosok dunia. Festival ini berkonsepkan bengkel dan persembahan
yang berlainan dan mencabar kebiasaan tradisi Malaysia. Festival Kesenian Dunia
UKM kali ini memberi penekanan untuk memperkenalkan pelajar UKM terhadap kepelbagaian
budaya dan kesenian serta pengalaman menguruskan program bertaraf antarabangsa
bersesuaian dengan visi UKM untuk melahirkan siswazah beraspirasi kebangsaan,
kompeten, berdaya saing dan inovatif. Objektif program ini ialah menerapkan
nilai nilai kesenian dan kebudayaan dikalangan para pelajar supaya dapat
mewujudkan kesedaran akan betapa pentingnya seni dan budaya bangsa. Seterusnya,
mengadakan platform dan bertukar tukar di antara pencinta seni serata dunia
dengan warga kampus untuk mencari kesefahaman dan kesatuan melalui aktiviti
kesenian. Justeru itu, mempamerkan bakat bakat kesenian di kalangan pelajar UKM
dan delegasi antarabangsa yang dapat membantu memartabatkan seni Negara. Antara
delegasi Antarabangsa terlibat ialah Malaysia, Somalia, Japan, Mexico,
Kazakhstan, Mozambique, Thailand, Philippines, China. Maklumat persembahan pada
malam teserbut ialah THAILAND yang mempamerkan tarian mencari jodoh(Kub Kab
Piern Dance) , Persembahan seterusnya dari CHINA Iaitu Tarian sama-sama saying
sama-sama cinta (Xiang Qing Xiang Ai). Seterusnya , SOMALIA yang mempamerkan
tarian naikkan semangat tentera (Dhaanto). Diikuti persembahan seterusnya dari
JAPAN iatu tarian kaitan dengan ninja dan samurai (Ni Ho The Land Of Cherry
Blossom). Dari Kazhastanpula mereka memainkan alat muzik iatu Nurgissa
tlendiey. Akku, Folk Song.Ush konyr, Nurgissa tlendier. Ata tolgau, Kurmangazy,
Balbraun . Selain itu , FILIPINA membuat tarian pelbagai iatu penari dari
Laselle Dance Company-Folk, tarian Kadal Tahu, tarian Ragragsakan dan seterusnya
tarian Pingapir. Dari Mozambique pula mereka menunjukan tarian Afrokwasa dan
diikuti negara seterusnya iatu Mexico dengan tarian (Root/Raices). Akhir skali,
Negara Malaysia pula membuat persembahan dengan tarian dinamakan Suiku `My
Life’ iaitu tarian orang asli. Keunikan program WAF kali ni berlainan dengan
UKMWAF yg lepas, UKMWAF kali ini memperkenalkan negara negara yang lain seperti
Jepun dan Somalia. Di samping itu, UKMWAF kali ini juga turut berkerjasama
dengan Muzium Negara untuk mengadakan persembahan semasa Festival Kipas Kipas
diadakan di Muzium Negara pada 19 November 2017. Tambahan lagi, kelab kelab
kebudayaan di bawah Urusetia ARTISUKMA seperti Kelab Tulisan Khat, Kelab
Orkestra Tradisional Cina, Kelab Cak Lempong dan Kelab Seni Batik diberi
peluang untuk terlibat sama semasa pembukaan Malam Gala Show 2nd UKMWAF. Mereka
turut mengadakan persembahan dan menjual kraftangan hasil daripada pelajar
citra kebudayaan sendiri seperti kain batik, keychain tulisan khat dan
sebagainya untuk menjana keuntungan dan memdedahkan pelajar kepada penjanaan
dana melalui perniagaan.
Comments
Post a Comment