Posts

Showing posts from October, 2017

Surat terbuka untuk wanita ???

Image
 Bismillah.Segala puji bagi Allah atas nikmat islam, atas nikmat hidayah, dan atas nikmat tarbiah dan dakwah! Syukur sangat pada Allah. Walaupun saya sendiri banyak melakukan dosa dan maksiat, saya amat harap agar Allah ampunkan saya. Selawat dan salam atas rasulullah saw, yang mana hasil dari perjuangan dan penat lelah baginda, akhirnya kita semua dapat nikmat iman dan islam yang agung ini ! Bayangkan, kalau kita tak dapat islam, dan mati dalam kekufuran, kita akan masuk ke dalam neraka selama-lamanya! Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah! Insyaallah, pada kali ini, saya teringin nak menyentuh satu topik saya khususkan kepada golongan wanita, yang nak berubah, tapi mungkin mereka tak Nampak gambaran tentang "bagaimana nak berubah", lantas ada mana antara mereka yang akhirnya mengutamakan perkara yang tak perlu diutamakan, manakala perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan , di pandang remeh dan enteng. WANITA DI SISI ISLAM Kedudukan wanita di sisi islam sangat agung....

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blogger saya sekalian, harini saya membawa kisah yang baru iaitu kepentingan aktiviti rekreasi kepada masyarakat.Seperti mana yang kita tahu pada zaman yang semakin moden ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beridadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat. Saya akan mengulas 3 kepentingan aktiviti rekreasi kepada masyarakat. Pertama sekali, rekreasi penting kepada masyarakat adalah kerana mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu yang lain di sekelilingnya,lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Contohny...

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Image
                        Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blogger sekalian, pada hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Saya telah menjejak kaki saya di sini adalah pada tahun 2016/2017 bagi program satu tahun dalam jurusan Perakaunan. Sebab kenapa saya memilih Kolej Matrikulasi Pulau Pinang adalah kerana saya mengikuti jejak langkah abang saya yang dulu juga daripada lepasan matrikulasi. Sebenarnya, saya tidak memohon matrikulasi pulau pinang pada awalnya kerana saya memilih matrikulasi selangor, melaka dan juga kedah akan tetapi rezeki saya telah ditetapkan untuk saya menjejaki di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini.              Pengalaman yang saya timba di matrikulasi ini adalah sangat banyak di mana saya dapat mengenali ramai rakan-rakan saya yang datangnya dari pelbagai pelusuk ne...