Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


     Image result for kolej matrikulasi pulau pinang


    
             Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca blogger sekalian, pada hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Saya telah menjejak kaki saya di sini adalah pada tahun 2016/2017 bagi program satu tahun dalam jurusan Perakaunan. Sebab kenapa saya memilih Kolej Matrikulasi Pulau Pinang adalah kerana saya mengikuti jejak langkah abang saya yang dulu juga daripada lepasan matrikulasi. Sebenarnya, saya tidak memohon matrikulasi pulau pinang pada awalnya kerana saya memilih matrikulasi selangor, melaka dan juga kedah akan tetapi rezeki saya telah ditetapkan untuk saya menjejaki di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini.

             Pengalaman yang saya timba di matrikulasi ini adalah sangat banyak di mana saya dapat mengenali ramai rakan-rakan saya yang datangnya dari pelbagai pelusuk negeri. Kelas ataupun kuliah saya tidak mempunyai ramai pelajar iaitu sekitar 30 orang dan ke atas bagi setiap kuliah dan kelas tutorial pula dalam 3 ataupun 4 orang dalam satu kumpulan. Para pensyarah di matrikulasi pinang ni juga semua adalah baik-baik belaka dan sporting terhadap para pelajar di sini.Selain daripada pengalaman dalam bidang akademik, saya juga turut bergiat aktif dalam sukan iaitu bola sepak. Sukan yang dipertandingkan antara matrikulasi adalah KAKOM dimana setiap matrikulasi akan bertanding dalam sukan yang mereka ceburi dan cuba untuk membawa pulang title juara keseluruhan yang diidam-idamkan oleh seluruh pusat matrikulasi tidak kira di utara mahupun selatan.

             Akan tetapi ibu segala sukan pasukan saya dan rakan-rakan tidak dapat untuk menjulang pingat emas di mana Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tewas dengan Kolej Mara Kulim dengan keputusan 0-1 di peringkat separuh akhir dan hanya mampu merangkul tempat ketiga bersama Kolej Matrikulasi Kedah.Pingat emas bagi sukan bola sepak pula telah dijulang oleh pasukan dari Kolej Matrikulasi Perak manakala pingat perak dipegang oleh Kolej Mara Kulim. Walaupun Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tidak dapat pingat emas bagi ibu segala sukan akan tetapi kolej kami telah dapat merangkul juara keseluruhan bagi dua tahun berturut-turut.

            Banyak lagi kenangan-kenangan yang manis telah tercipta di sini dan tak dapat saya gambarkan secara terperinci dan hanya mampu disemat dalam ingatan untuk selama-lamanya.
Setakat di sini sahaja kisah penceritaan saya dan semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.

           

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah