Surat terbuka untuk wanita ???

Bismillah.Segala puji bagi Allah atas nikmat islam, atas nikmat hidayah, dan atas nikmat tarbiah dan dakwah! Syukur sangat pada Allah. Walaupun saya sendiri banyak melakukan dosa dan maksiat, saya amat harap agar Allah ampunkan saya. Selawat dan salam atas rasulullah saw, yang mana hasil dari perjuangan dan penat lelah baginda, akhirnya kita semua dapat nikmat iman dan islam yang agung ini ! Bayangkan, kalau kita tak dapat islam, dan mati dalam kekufuran, kita akan masuk ke dalam neraka selama-lamanya!
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah!
Insyaallah, pada kali ini, saya teringin nak menyentuh satu topik saya khususkan kepada golongan wanita, yang nak berubah, tapi mungkin mereka tak Nampak gambaran tentang "bagaimana nak berubah", lantas ada mana antara mereka yang akhirnya mengutamakan perkara yang tak perlu diutamakan, manakala perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan , di pandang remeh dan enteng.
WANITA DI SISI ISLAM
Kedudukan wanita di sisi islam sangat agung. Ya, sangat agung. Kerana agungnya wanita, Islam meletakkan beberapa hukum untuk memelihara wanita itu sendiri ! Seperti aurat misalnya. Bayangkan, hari kita rasa nak pakai seksi-seksi, bajet lawa dan sweet, post kat FB, instagram bagai , buat muka gedik,kembung pipi, dengan make up yang gerun dan sebagainya.
Kemudian, apabila ditegur ada yang melenting, benci, bengang, tak boleh terima, meroyan,dendam,buruk sangka pada orang yang menegur dan sebagainya.
Tahukah korang, hukum aurat yang Allah perintahkan, adalah untuk memelihara golongan perempuan! Kerana Allah sayang korang! Kerana Allah cintakan korang! Tapi apakah yang kita fikirkan?! Apakah kita menghargai kasih-sayang Allah atau kita rasa benci dengan Allah, kita menganggap ianya seperti mengongkong kebebasan korang?
Hari ini, ada orang perempuan fikir yang islam ini banyak menzalimi dan mendikriminasikan wanita. Mungkin kerana mereka bandingkan diri mereka dengan orang kafir barat yang kelihatan bebas dan seronok.Namun, apa guna bebas dan seronok tapi masuk neraka? Korang ingat , orang kafir yang " kelihatan seperti bahagia dengan kebebasan" tu tenang ke hidup mereka?
Tahukah korang? Di celah-celah kebebasan yang konon-kononnya menyeronokkan, hakikatnya mereka semua hidup dalam keadaan tertekan, stress, hidup dalam ketakutan dan menyeksakan? Thukah korang, apakah hasil kita menolak kashi sayang Allah dengan memandang hina perintah menutup aurat , lantas membuka aurat dengan bangganya? Tahukah korang, apa hasilnya ?
Di india, kes perempuan di rogol sebanyak 164630
Di amerika, kes perempuan di rogol sebanyak 11877218
Di Jerman, kes perempuan di rogol sebanyak 2852370
Inilah kebebasan yang mereka dambakan, yang mana akhirnya ia membuatkan kepada penyeksaan. Takkan itu yang kita mahu?
Tetapi, kerana kasih sayang Allah pada kalian wahai wanita, Allah wajibkan kalian menutup aurat,memakai pakaian yang menepati syariat islam, dengan sempurna! Semata-mata untuk selamatkan korang dari " kebebasan yang membawa kepada kehancuran" Bayangkan kena rogol, lepastu mengandung, orang pandang serong semua benci kita dan menagmbil keputusan untuk bunuh diri. Semuanya kerana kita tak menghargai kasih sayang Allah
Oleh itu, wahai para wanita tutuplah aurat anda kerana sesungguhnya menutup aurat itu adalah kewajipan kita sebagai seorang yang memegang agama islam. Sampai di sini sahaja dan semoga kita dapat berjumpa lagi untuk dikongsikan cerita-cerita yang lebih menarik.
Comments
Post a Comment