Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger sekalian, kini saya kembali bagi mengimbau kembali kenangan ketika saya bersekolah di peringkat menengah. Saya telah melanjutkan pelajaran saya di peringkat yang lebih tinggi lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang daripada saya tingkatan satu hingga saya tingkatan tiga. Saya memilih sekolah ini pada mulanya kerana saya ingat pasukan bola sepak sekolah ini hebat kerana sekolah rendahnya pasukan bola sepak mereka hebat. Oleh itu, kerana minat yang mendalam dalam bola sepak saya memilih untuk ke sekolah ini. Selain itu, saya menimba banyak kenangan bersama-sama kawan di sini semenjak saya dari tingkatan satu hinggalah saya tingkatan tiga. Pada zaman sekolah ini, saya amat rindukan hari sukan sekolah, hari kantin sekolah dan banyak lagi kerana banyak acara dan pertandingan yang dapat dimasuki. Selain itu, saya juga amat rindu akan guru-guru yang mengajar saya bagi setiap matapelajaran yang saya ambil. Guru-guru ...