Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger sekalian, kini saya kembali bagi mengimbau kembali kenangan ketika saya bersekolah di peringkat menengah. Saya telah melanjutkan pelajaran saya di peringkat yang lebih tinggi lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang daripada saya tingkatan satu hingga saya tingkatan tiga. Saya memilih sekolah ini pada mulanya kerana saya ingat pasukan bola sepak sekolah ini hebat kerana sekolah rendahnya pasukan bola sepak mereka hebat. Oleh itu, kerana minat yang mendalam dalam bola sepak saya memilih untuk ke sekolah ini. Selain itu, saya menimba banyak kenangan bersama-sama kawan di sini semenjak saya dari tingkatan satu hinggalah saya tingkatan tiga.
Pada zaman sekolah ini, saya amat rindukan hari sukan sekolah, hari kantin sekolah dan banyak lagi kerana banyak acara dan pertandingan yang dapat dimasuki. Selain itu, saya juga amat rindu akan guru-guru yang mengajar saya bagi setiap matapelajaran yang saya ambil. Guru-guru di sekolah ini semuanya amat sporting dan baik-baik belaka. Perkara yang saya paling rindukan adalah ketika saya tinggal di asrama. Banyak perkara yang saya pelajari ketika saya duduk di asrama dan banyak karenah kawan-kawan yang saya lihat yang dapat dijadikan kenangan pahit dan manis. Pengalaman berbuka puasa dan sembahyang terawih dengan rakan-rakan asrama banyak mencuit kembali hati ini.
Dengan mempunyai minat yang mendalam saya diberi peluang untuk mewakili bola sepak sekolah daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Saya mendapat pengalaman yang banyak dan latihan yang banyak membantu saya dalam mengembangkan lagi bakat saya dalam bola sepak. Akan tetapi bola sepak sekolah kami tidak dapat melangkah jauh kerana sering tersungkur apabila bertemu dengan sekolah projek bola sepak iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu. Walaubagaimanapun, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menimba pengalaman ini bagi memantapkan lagi bakat pada masa akan datang.
Itu sahaja serba sedikit perkongsian tentang sekolah yang pernah saya diami sebelum saya menukar sekolah di tempat lain ketika tingkatan empat.

Comments
Post a Comment