SUKEM 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger saya yang dikasihi sekalian, kali ini saya ingin menceritakan tentang perjalanan saya dalam sukem 2017. Saya telah menyertai 2 buah acara sukan iaitu bola sepak dan juga futsal bagi mewakili kolej dato onn. Bagi acara bola sepak kami berada di dalam kumpulan yang boleh dikatakan kumpulan maut di mana telah bersama-sama dengan kolej aminuddin baki dan juga kolej burhanuddin helmi manakala bagi acara futsal kami berada kumpulan bersama-sama kolej rahim kajai, kolej ungku omar, kolej burhanuddin helmi dan juga kolej tun hussein onn.

Bagi acara bola sepak, perlawanan pertama kami adalah menetang dengan pasukan daripada kolej burhanuddin helmi di padang A. Keputusannya agak mengecewakan kerana pasukan daripada kolej kami tewas 1-2 kepada kolej burhanuddin helmi. Perlawanan yang baik ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak dan kami akur akan kekalahan kami di atas kesilapan yang dilakukan oleh pasukan kami. Bagi perlawanan kedua iaitu menentang dengan kolej aminuddin baki, kami juga pulang dengan rasa yang kecewa apabila dibelasah teruk di mana kolej kami tewas 0-5 kepada kolej aminuddin baki dan sejurus dengan itu pasukan daripada kolej kami tidak layak untuk meneruskan ke peringkat suku akhir. Johan bagi acara sukan ini telah dimenangi oleh pasukan daripada kolej aminuddin baki manakala naib johan adalah daripada kolej burhanuddin helmi.

Bagi acara futsal pula, perlawanan pertama kami adalah menetang dengan pasukan daripada kolej ungko omar dan telah melakar kemenangan di mana berjaya menewaskan kolej ungko umar 1-0. Perlawanan kedua pula kami tewas dengan kolej burhanuddin helmi 1-2 manakala perlawanan menentang kolej rahim kajai juga turut menanggung kekalahan 1-3. Bagi perlawanan yang akhir bagi peringkat kumpulan , kolej kami memperoleh kemenangan 2-1 ke atas kolej tun hussein onn. Walaubagaimanapun, kolej kami tidak layak ke peringkat separuh akhir apabila kolej rahim kajai mempunyai kelebihan 3 mata daripada kolej kami. Johan bagi acara futsal ini adalah kolej rahim kajai manakala naib johan adalah kolej aminuddin baki.

Setelah tamatnya sukem 2017 ini, saya mengambil pengajaran di atas beberapa kesilapan yang telah pasukan kami lakukan dan akan kembali dengan lebih strategik dan kuat pada sukem 2018 akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua