Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati kepada ibu bapa amatlah dituntut dalam islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta ia tinggi sekali. Ibu bapa adalah yang orang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.
Terdapat 10 tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, tanggungjwab ini amat penting yang perlu anak-anak lakukan untuk kedua ibu bapa selagi ia masih ada. Malahan, jika mereka berbuat baik kepada ibu bapanya, ia akan membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak.Antara tanggungjawab seseorang anak terhadap ibu bapanya seperti berikut:
1. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dengan kedua ibu bapa. Anda, jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan ditegah Allah SWT.
2. Sentiasa menghormati dan memberi kasih sayang kepada kedua ibubapa.
3. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan atau ajaran daripada ibu bapa. Pertama sekali, Allah SWT perintahkan manusia beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa mereka.
4. Jangan sekali-kali anak menderhakakan kepada ibubapa, kerana derhaka kepada ibu bapa adalah suatu dosa besar. Apabila derhaka, anda tidak akan mendapat keredhaan daripada ibu bapa. Bukan itu sahaja, apabila derhaka kepada ibu bapa, anda juga tidak mendapat keredhaan dari Allah SWT dan ibadatnya tidak diterima Allah SWT.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup ataupun mereka meninggal dunia dengan berdoa.
6. Hendaklah memanggil ibu bapa dengan panggilan yang disenangi olej mereka.
7. Gembirakan hati ibu bapa dengan menolongnya serta membuat kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang atau dengan memberikan apa jua bantuan mengikut keperluan.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka kerana mungkin salah seorang darinya akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, rapatkan silaturrahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut usia dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghiburkan dan mengtenteramkannya. Malahan itu anda juga perlu bersyukur kepada Allah terhadap jasa bakti yang telah dapat dinimati.
Itu sahaja perkongsian serba sedikit daripada saya.
Comments
Post a Comment