Biodata Diri



Image result for ukm logo



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan pembaca blogku....

Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya ini. Nama diberi Husni Ikmal Bin Ishak dan berasal daripada Pulau Pinang. Saya telah dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian,Kelantan pada 10 Januari 1998. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya dan telah menyambung pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang sehingga saya berumur 16 tahun. Pada umur 16 tahun, saya telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang. Selepas berehat selama 5 bulan lebih,saya telah ditawarkan untuk menyambung pengajian saya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam program satu tahun dalam bidang perakaunan.

Banyak pengalaman yang saya timba ketika saya melanjutkan pelajaran seperti dapat mengenali rakan-rakan yang baru dari pelbagai jenis pelusuk negeri dan pelbagai bangsa. Terdapat banyak kenangan yang pahit dan manis telah saya lalui bersama rakan-rakan saya di alam pembelajaran.Saya merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan. Jadi saya banyak menceburi sukan dalam bidang bola sepak ataupun futsal sebagai hobi saya ketika mempunyai masa lapang. Melalui sukan ini juga saya dapat menghilangkan segala stress yang saya ada berkaitan dengan pembelajaran dan perkara-perkara lain. Di samping aktif dalam bidang sukan, saya juga ada menyertai kelab dan persatuan yang saya minati iaitu kelab Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan beberapa kelab lain.

Kini saya telah melanjutkan pembelajaran saya di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia. In Sya Allah saya akan cuba untuk mengambil sebanyak mana pengalaman yang saya boleh perolehi di institusi ini. Setakat ini sahaja perkongsian yang pertama daripada saya dan saya akan cuba untuk mengemaskini blog saya dari semasa ke semasa. Sekian terima kasih.

#firstpost
#pendaulatamanahnegara
#iamKDO
#majulahsukanuntuknegara










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua