Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya kembali untuk berkongsi serba sedikit berkaitan dengan kolej kediaman saya iaitu "KOLEJ DATO ONN". Kolej saya ini adalah antara kolej yang awal ditubuhkan semasa Universiti Kebangsaan Malaysia ini wujud di muka bumi ini . Slogan Kolej Dato Onn adalah pertama dalam semua di mana para mahasiswa ataupun mahasiswi diterapkan untuk menjadi yang pertama dalam pelbagai aspek. Kolej Dato Onn juga mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi seperti surau, kafe, kusdo (koperasi kolej) dan lain-lain lagi.
Kolej ini juga berada di kawasan yang strategik daripada kolej-kolej yang lain di mana kedudukan kolej ini dekat dengan Dectar, padang sukan, stadium Ukm, masjid Ukm dan fakulti-fakulti yang berada berdekatan dengan kolej seperti FSSK, FPI, FEP dan FST. Dengan ini para mahasiswa dan mahasiswi mudah untuk ke mana-mana tanpa memakan masa yang panjang.
Kolej juga mempunyai fasilitator-fasilatator dan para pentadbir yang sangat berwibawa dalam menjalankan tugas dan baik dalam melayan karenah setiap pelajar di kolej ini sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa ( MMM) sehinggalah sekarang. Sebab ini lah saya berasa bangga kerana terpilih untuk mendiami di dalam kolej ini dan akan menyumbang sebanyak mana jasa yang saya mampu beri untuk mengharumkan nama Kolej Dato Onn di masa akan datang. Setakat ini sahaja daripada saya....semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Sekian terima kasih.
 |
Dobi Kolej |
 |
Bilik Kolej
|
 |
Cafe Kolej |
 |
Dectar UKM
|
 |
Pelajar Kolej Dato Onn
|
Comments
Post a Comment