9 tanda kiamat besar

Image result for kiamat


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para blogger sekalian, hari ini saya tampil dengan tajuk yang baru iaitu tanda-tanda kiamat. Pada zaman yang moden ini kita dihayutkan dengan arus moden yang mengaburi mata kita hingga kita lupa apa yang sebenarnya tujuan kita hidup di alam yang sementara ini. Antara tanda-tanda kiamat besar adalah munculnya dajjal di mana akan tiba suatu hari dajjal ini akan keluar di antara negeri syam dan juga negeri iraq. Dajjal ini akan menetap di dunia selama 40 hari dan akan cuba merosakkan umat-umat islam di muka bumi ini. Seterusnya, akan turunnya Nabi Isa As yang akan membunuh Dajjal ini serta pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang kafir. Ketiga, akan munculnya Yajuj dan Majuj yang akan menghancurkan segala benda dan akan mati dililit ular yang merupakan doa daripada Nabi Isa As. Keempat adalah terjadinya tiga penenggelapan bumi dan seterusnya munculnya asap atau kabut. Seterusnya matahari akan terbit dari arah barat maka wahai manusia pintu taubat sudahpun tertutup dan tiada lagi kemaafan bagi segala dosa yang telah kita lakukan selama ini . Selain itu, akan akan keluarnya binatang dari perut bumi  dan munculnya api yang mengumpulkan manusia serta ditiupnya sangkakala. Oleh itu, wahai manusia marilah kita membuat persiapan bagi menghadapi hari kiamat yang akan terjadi bila-bila sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah