Cita Cita Seorang Akauntan
Assalamulaiakum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blogger sekalian, mesti anda tertanya-tanya kenapa tajuk saya pada hari ini adalah cita-cita seorang akauntan. Sebenarnya saya memilih tajuk ini kerana saya teringat akan pesanan mak dan ayah saya yang mempunyai hasrat untuk melihat adik beradik saya membuka sebuah syarikat yang menggabungkan tenaga kami sekali. Abang saya sekarang telah pun menjadi seorang engineer dan saya masih dalam perjalanan untuk menjadi seorang akauntan manakala mak dan ayah saya mengharapkan adik saya untuk menjadi seorang arkitek namun adik saya lebih berminat untuk menjadi seorang ahli farmasi. Oleh itu, bagi mengapai hasrat mak dan ayah saya telah memasuki dalam bidang akauntan ini semenjak saya tingkatan empat lagi. Pada mulanya saya lihat akaun ini susah kerana banyak perlu bermain dengan jurnal, lejar dan lain-lain. Namun setelah sekian lama saya telah jatuh cinta dengan subjek ini dan terus mengambil subjek ini sehinggalah sekarang. Saya akan cuba berusaha menjadi seorang akauntan yang berjaya bagi dapat mengembirakan kedua ibu bapa saya dan dapat berbakti kepada negara.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete