Kelebihan solat dhuha
Assalamuualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blogger sekalian, hari ini saya datang dengan sebuah cerita yang agak menarik dan boleh diamalakan dalam kehidupan seharian iaitu kelebihan solat dhuha. Amalan solat dhuha kini telah menjadi kelaziman masyarakat islam pada masa kini. Sebenarnya melakukan solat sunat dhuha ini bukan sahaja pembuka rezeki dalam kehidupan kita malah mempunyai banyak kelebihan yang lain yang kita tidak ketahui. Antara kelebihan melakukan solat sunat dhuha adalah mendapat pahala sedekah. Solat dhuha merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan pahala bersedekah. Begitu indahnya ajaran islam, sehinggalah tiada alasan untuk tidak melakukan amal soleh
Keduanya adalah tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
" Barangsiapa yang menjaga solat dhuhanya maka nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan"
Ketiganya adalah pintu rezekinya dibuka seluas-luasnya di mana kebiasaannya fadhilat ini yang sering menjadi tumpuan yang sering melakukan solat sunat dhuha. Sekalipun tidak salah, seharusnya bukan semata-mata fadhilat ini dikejar.
"Barangsiapa yang berwudhuk , kemudian masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat sunat dhuha , dialah yang paling dekat tujuannya,lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya".
Keempat adalah berpahala seperti mengejarkan umrah. " Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib , maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan haji . Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat dhuha, maka pahalanya seperti orang yang mengejarkan umrah".
Kelima adalah disediakan sebuah rumah di syurga ." Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga".
Begitulah sedikit sebanyak fadhilat dan keutamaan solat dhuha yang dijelaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda
Comments
Post a Comment