Masa



 Image result for waktu


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blogger, hari ini saya ingin kongsikan topik yang diberi nama Masa. Masa adalah suatu makhluk Allah yang ajaib. Ia tidak perlu menonjolkan diri bagi menunjukkan kewujudannya di muka bumi ini. Apabila jam berdetik ,masa dinamakan saat. Apabila matahari jatuh ke ufuk barat, masa dinamakan pula hari. Apabila kitaran bumi telah lengkap mengelilingi selama 365 hari , masa bertukar menjadi tahun. Tiada siapa yang mampu terlepad daripada cengkamannya. Manusia yang dulunya muda belia menjadi tua lemah apabila diselubungi masa. Masa juga mampu mematangkan manusia dengan penuh pengalaman.

Walaupun begitu, masa kadangkala kalah dengan ilmu. Manusia yang mempunyai ilmu mampu mengubah kuasa dengan kenderaan berkelajuan tinggi yang mereka miliki. Perjalanan dengan menaiki kapal terbang berbeza dengan memandu kereta. Prinsip isu ini disebut disebut Allah ketika mencritakan tentang mukjizat Nabi Sulaiman a.s yang berkenderaan angin yang mampu memotong masa dari sebulan menjadi sehari. 

Oleh itu, janganlah kita merugikan masa yang kita perolehi di dalam muka bumi ini kerana masa akan selalu berjalan tanpa menunggu kita. Hal ini demikian kerana, orang mengatakan bahawa masa itu emas dan perlulah dihargai oleh setiap insan di dalam muka bumi ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah