Penggerak Pendaulat Borneo 3.0

Image result for penggerak pendaulat borneo


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa itu Penggerak Pendaulat Borneo? Penggerak Pendaulat Borneo ini adalah satu program yang dijalankan bagi membantu penduduk di kampung Lumampau Sipitang, Sabah. Program ini terbahagi kepada dua bahagian di mana satu adalah untuk penduduk di kampung Lumampau dan satu lagi adalah untuk festival akademik. Antara objektif program ini adalah untuk melakukan pemasangan tenaga solar bagi menerangi "Learning Centre " dan juga kawasan sekitar kampung Lumampau Sipitang. Selain itu, untuk menambah kapasiti penggunaan tenaga elektrik kepada masyarakat Kampung Lumampau Sipitang dan mewujudkan satu suasana yang kondusif  dan menambah kemudahan pelajaran bagi pelajar-pelajar menuntut ilmu di kampung itu. 

Objektif bagi festival akademik pula adalah bagi memberikan pendedahan hala tuju yang jelas kepada pelajar luar bandar khususnya selepas tamat persekolahan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dan Universiti Awam. Selain itu, ingin meningkatkan kesedaran dan pembudayaan ilmu dalam kalangan pelajar dan masyarakat serta memperkasa kerjasama mahasiswa dan kepimpinan dalam membantu pembangunan belia Sabah khususnya pelajar luar bandar.

Program ini akan berlangsung pada tarikh 19/January/2018 dan akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah. Harapkan program ini akan berjalan dengan lancarnya dan serba sedikit dapat membantu penduduk di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat

Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Kedah

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua