Perginya seorang insan bergelar "AYAH"
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blogger sekalian, seorang Ayah mempunyai banyak tanggunjawab yang harus dia pikul bagi menjaga kebajikan anak-anak dan isterinya. Saya telah kehilangan seorang ayah pada 25/November/2017. Pada hari kejadian, saya masih di kolej universiti dan tengah tidur dibuai mimpi. Abang saya telah menghilangkan rasa keseronokkan saya di dalam mimpi dengan datangnya mengejut saya di bilik penginapan saya. Saya dengan terkejutnya bangun dan tanya akan apa yang berlaku lalu dikhabarkan berita yang menghilangkan seribu senyuman di mukaku bahawa ayahku telah meninggalkan kami sekeluarga akibat sakit yang dialaminya. Saya dengan gegasnya pulang ke rumah bagi memastikan kebenaran yang dikatakan oleh abangku itu. Setelah sampainya saya di rumah, saya tidak dapat menahan sebak setelah melihat ibu dan adik ku berada di sebelah mayat ayahku itu. Saya hanya sempat solatkan jenazah dan bantu di liang lahad manakala saya dan abang saya tidak sempat untuk bantu mandikan jenazah ayah sendiri kerana perjalanan yang agak jauh. Alhamdulillah arwah ayah saya telah selamat dikebumikan dan semua urusan berjalan dengan mudah. Kini hanya kenangan yang telah kami cipta bersama yang tinggal bagi mengingatinya. Walaupun jasadnya sudah tiada bagi memperingati kami di dunia ini akan tetapi akan saya dan sekeluarga ingati segala pesanan dan nasihat yang telah disampaikan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sekarang ini tugas kami sebagai seorang anak hanya mampu berdoa kepadanya agar dapat tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Hidup harus diteruskan kerana suatu hari nanti kita juga bakal menyusul seperti mana orang-orang yang kita kenali telah pergi meninggalkan dunia ini.
Comments
Post a Comment