Perjalanan aku di Sem 1
Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blogger sekalian, hari ini aku nak cerita tentang bagaimana kehidupan aku dekat universiti bagi sem 1. Pada aku sem 1 berlalu dengan amat pantas malah tinggal hanya lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum aku bakal mengambil ujian final exam. Setiap hari aku pergi kelas belajar selama 3 jam lepas itu aku balik bilik rehat. Kehidupan aku berlalu dengan itu sahaja sepanjang ini. Aku hanya mampu tertawa bila mengimbas kembali kenangan aku sebelum ini kerana aku rasa hidup aku macam tidak ada life sebab tidak melakukan aktiviti sosial. Tapi hidup aku bertambah gembira apabila aku ditemani kawan-kawan aku daripada kolej. Banyak kenangan yang aku bina dengan mereka. Aku harap dapat melakukan lebih baik pada sem 2 nanti. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment