Sahabat
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para blogger saya, kini saya ingin membuka topik yang baru iaitu sahabat. Apa yang anda semua faham dengan perkataan sahabat ini ? Mesti anda fikir sahabat ini yang selalu berada dengan kita kan...tapi bagi saya sahabat ini adalah rakan yang sering ada bersama dengan diri kita dikala kita susah mahupun dalam keadaan yang senang. Tapi bagi mencari seorang sahabat yang betul-betul yang bersama dengan kita kerana ikhlas dia ingin berkawan dengan kita pada masa kini amat susah kerana ramai manusia zaman sekarang mempunyai pelbagai ragam dalam memilih seseorang yang ingin dijadikan sahabatnya. Ada yang memilih sahabat yang kaya, ada juga yang memilih sahabat yang hot kerana ingin jadi terkenal dan banyak lagi. Oleh itu, saranan saya dalam memilih sahabat ini adalah kita perlulah memilih sahabat yang benar-benar yang ingin berkawan dengan kita bukan apa kerana ada sahabat yang berkawan dengan kita ini adalah disebabkan kelebihan yang ada dengan kita. Jika kita sudah tiada apa-apa maka kita ditinggalkan. Bak kata pepatah orang tua-tua, jika kita berkawan dengan orang jual minyak wangi maka kita akan jadi wangi manakala jika kita kawan dengan orang kutip sampah maka busuklah kita. Semoga serba sedikit pesanan daripada saya dapat membantu anda dalam memilih seseorang yang bergelar sahabat.
Comments
Post a Comment