Posts

Showing posts from December, 2017

Masa

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blogger, hari ini saya ingin kongsikan topik yang diberi nama Masa. Masa adalah suatu makhluk Allah yang ajaib. Ia tidak perlu menonjolkan diri bagi menunjukkan kewujudannya di muka bumi ini. Apabila jam berdetik ,masa dinamakan saat. Apabila matahari jatuh ke ufuk barat, masa dinamakan pula hari. Apabila kitaran bumi telah lengkap mengelilingi selama 365 hari , masa bertukar menjadi tahun. Tiada siapa yang mampu terlepad daripada cengkamannya. Manusia yang dulunya muda belia menjadi tua lemah apabila diselubungi masa. Masa juga mampu mematangkan manusia dengan penuh pengalaman. Walaupun begitu, masa kadangkala kalah dengan ilmu. Manusia yang mempunyai ilmu mampu mengubah kuasa dengan kenderaan berkelajuan tinggi yang mereka miliki. Perjalanan dengan menaiki kapal terbang berbeza dengan memandu kereta. Prinsip isu ini disebut disebut Allah ketika mencritakan tentang mukjizat Nabi Sulaiman a.s yang b...

Perasaan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blogger, hari ini saya ingin mengupas tentang perasaan. Apa itu perasaan ? Ada yang mendefinisikan bahawa perasaan mengkomunikasikan pesan pada diri sendiri , membahas perasaan mungkin agak sedikit susah kerana setiap orang lain cara mengendalikan sesebuah perasaan itu. Melalui perasaan ini kita dapat merasai nikmat bagaimana kita bercinta, bagaimana peritnya kehilangan sesuatu dan bagaimana rasanya kesedihan. Kadangkala kita yang menjadi tuan milik punya perasaan pun sukar untuk memahami benda yang dikehendaki oleh perasaan kita sendiri. Hal ini demikian kerana perasaan ini telah dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT dan kita hanya mampu untuk melayani perasaan yang telah sebati di dalam diri kita Oleh itu, belajar untuk peka terhadap perasaan sendiri dan orang lain pada dasarnya kita semua manusia pasti memiliki perasaan, dan perasaan perlu difahami dan diterima. Kita mahu difahami oleh orang lain maka m...

Laporan persembahan UKM World Art Festival yang kedua

Image
Pada tarikh 17 November 2017 hingga 20 November 2017, masa 8:00 pagi hingga 5:00 petang bertempat di DECTAR, UKM Bangi telah berlangsung program terulung iatu UKM World Art Festival (WAF) yang kedua yang bertema '"Celebrate Culture & Diversity One World"'. Festival ini merupakan festival kesenian dunia kedua yang dianjurkan Urusetia ARTISUKMA dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) bertempat di DECTAR, UKM Bangi dengan penglibatan peserta dari seluruh pelosok dunia. Festival ini berkonsepkan bengkel dan persembahan yang berlainan dan mencabar kebiasaan tradisi Malaysia. Festival Kesenian Dunia UKM kali ini memberi penekanan untuk memperkenalkan pelajar UKM terhadap kepelbagaian budaya dan kesenian serta pengalaman menguruskan program bertaraf antarabangsa bersesuaian dengan visi UKM untuk melahirkan siswazah beraspirasi kebangsaan, kompeten, berdaya saing dan inovatif. Objektif program ini ialah menerapkan nilai nilai kesenian dan...

Rindu

Image
Apa yang boleh ditafsir tentang rindu dalam kehidupan ? Bagi saya rindu adalah satu perasaan dimana perasaan sakit untuk menahan kerinduan kepada seseorang yang kita sayang atau seseorang yang rapat dekat kita. Harini saya nak cerita serba sedikit mengenai rindu. Hampir Sebulan saya berada di UKM hanpir sebulan juga saya meninggalkan keluarga kesayangan saya. Ya Allah ini lah paling perit yang pernah ku rasa tapi ini lah pengorbanan yang saya buat untuk mereka yang tercinta yang berada di Johor Bahru. Rindu . Rindu dekat keluarga paling utama , disamping itu saya rindu kawan kawan saya yang berada di Johor Bahru. Rindu nak lepak , bersukan , jalan - jalan dengan mereka . Dulu hidup saya sibuk dengan lepak dan menghabiskan masa bersama merek. Mereka punya kepala memang gila tiada yang setanding mereka di UKM ni. Tapi keadaan dan jarak memisahkan kita semua kawan . Dulu aku janji sebulan sekali aku akan balik tapi aku gagal kerana masalah duit yang tidak mencukupi. Rindu yang terakhir ...

Kejayaan tidak datang bergolek

Image
Kejayaan. Apakah makna kejayaan dalam definisi kehidupan anda ? Apakah kejayaan yang anda perolehi pada hari ini ? Apakah kejayaan anda miliki pada harini akan kekal selamanya? Persoalan demi persoalan yang timbul acap kali bila kita duduk beseorangan yang belegar legar di alam pemikiran subjektif dan kondusif.  Hari demi hari nafas dihembus mengikut aliran darah yang sudah ada hala tuju nak kemana namun adakah kita tahu hala tuju kita selepas ini kemana ? adakah kejayaan atau kegagalan yang bakal kita kecapi pada masa hadapan ? Kita sangat risau dan sibuk fikir tentang persoalan yang berada di ruangan pemikiran minda yang kotor yang tidak dibasuhi dengan amalan nilai murni dalam kehidupan ini membuat kita terkadang kufur akan nikmat yang tuhan bagi. Kejayaan yang kita kecapi harini hendak lah diseiringkan dengan perasaan syukur dan penuh tawaduk walau dimana jua kita berada tak kira agama bangsa dan warna kulit.Oleh itu saya hendak meminta semua umat islam didunia...

Retaknya dinding Masjid al- Aqsa

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para blogger sekalian, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kisah retaknya dinding Masjid al-Aqsa. APAKAH Masjid al-Aqsa sekarang hanya tinggal menunggu roboh sahaja? Dari sehari ke sehari , menurut laporan Quds Press, dinding-dinding al-Aqsa kini semakin retak terutamanya di bahagian utara. Quds Press mengambarkan situasi ini sebagai sesuatu yang serius.  Aqsa merupakan landasan untuk abadi dan warisan yang dapat memeuhi keperluan untuk tempat suci islam di Palestin mendedahkan bahawa retakan terbesar dilihat di dinding sebelah utara Masjid al-Aqsa.  Apa penyebab keretakan itu sebenarnya? Para penganilisis dan pakar menyatakan bahawa retakan itu hasil dari terus lanjutan dengan penggalian yang dilakukan oleh Israel di dekat dinding.  Quds Press menekankan bahawa penggalian Israel sebenarnya lebih dari apa yang ditemui setakat ini, dan juga memberi amaran bahawa penerusan dari penggali...

Kelebihan solat dhuha

Image
Assalamuualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blogger sekalian, hari ini saya datang dengan sebuah cerita yang agak menarik dan boleh diamalakan dalam kehidupan seharian iaitu kelebihan solat dhuha. Amalan solat dhuha kini telah menjadi kelaziman masyarakat islam pada masa kini. Sebenarnya melakukan solat sunat dhuha ini bukan sahaja pembuka rezeki dalam kehidupan kita malah mempunyai banyak kelebihan yang lain yang kita tidak ketahui. Antara kelebihan melakukan solat sunat dhuha adalah mendapat pahala sedekah. Solat dhuha merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan pahala bersedekah. Begitu indahnya ajaran islam, sehinggalah tiada alasan untuk tidak melakukan amal soleh  Keduanya adalah tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat. Rasulullah SAW pernah bersabda  yang maksudnya :  " Barangsiapa yang menjaga solat dhuhanya maka nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan"  Ketiganya adalah p...

Sahabat

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para blogger saya, kini saya ingin membuka topik yang baru iaitu sahabat. Apa yang anda semua faham dengan perkataan sahabat ini ? Mesti anda fikir sahabat ini yang selalu berada dengan kita kan...tapi bagi saya sahabat ini adalah rakan yang sering ada bersama dengan diri kita dikala kita susah mahupun dalam keadaan yang senang. Tapi bagi mencari seorang sahabat yang betul-betul yang bersama dengan kita kerana ikhlas dia ingin berkawan dengan kita pada masa kini amat susah kerana ramai manusia zaman sekarang mempunyai pelbagai ragam dalam memilih seseorang yang ingin dijadikan sahabatnya. Ada yang memilih sahabat yang kaya, ada juga yang memilih sahabat yang hot kerana ingin jadi terkenal dan banyak lagi. Oleh itu, saranan saya dalam memilih sahabat ini adalah kita perlulah memilih sahabat yang benar-benar yang ingin berkawan dengan kita bukan apa kerana ada sahabat yang berkawan dengan kita ini adalah disebabkan kelebihan ...

9 tanda kiamat besar

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para blogger sekalian, hari ini saya tampil dengan tajuk yang baru iaitu tanda-tanda kiamat. Pada zaman yang moden ini kita dihayutkan dengan arus moden yang mengaburi mata kita hingga kita lupa apa yang sebenarnya tujuan kita hidup di alam yang sementara ini. Antara tanda-tanda kiamat besar adalah munculnya dajjal di mana akan tiba suatu hari dajjal ini akan keluar di antara negeri syam dan juga negeri iraq. Dajjal ini akan menetap di dunia selama 40 hari dan akan cuba merosakkan umat-umat islam di muka bumi ini. Seterusnya, akan turunnya Nabi Isa As yang akan membunuh Dajjal ini serta pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang kafir. Ketiga, akan munculnya Yajuj dan Majuj yang akan menghancurkan segala benda dan akan mati dililit ular yang merupakan doa daripada Nabi Isa As. Keempat adalah terjadinya tiga penenggelapan bumi dan seterusnya munculnya asap atau kabut. Seterusnya matahari akan terbit dari arah barat maka wahai ma...